Akikah pada asalnya bermaksud membuang segala kotoran di kepala bayi. Ibadah akikah merupakan satu sunnah yang dituntut oleh Rasulullah SAW apabila seseorang itu menerima cahaya mata. Akikah yang paling terbaik dilakukan pada hari ke-7 iaitu menyembelih haiwan, memberikan nama anak serta mencukurkan kepalanya
Ibadah akikah tidak tertakluk dan hanya perlu dilakukan sembelihan pada hari ke-7 sahaja, bahkan ianya juga masih lagi menjadi tanggungjawab ibu bapa kepada anak tersebut selagi ianya tidak dilaksanakan sehinggalah anak itu mencapai umur akil baligh.
Ibadah akikah cukuplah dilakukan hanya sekali dalam seumur hidup ataupun tiada halangan untuk dilakukan lebih dari sekali.
Rasulullah S.A.W. mensyariatkan untuk melaksanakan akikah 2 ekor kambing untuk bayi lelaki & 1 ekor kambing untuk bayi perempuan. Jika anda kurang berkemampuan cukuplah memadai hanya melaksanakan akikah dengan seekor kambing sahaja.
Jika anda tidak berkemampuan untuk melakukan akikah sendiri, janganlah ibadah ini ditinggalkan secara terus kerana kita sendiri yang akan merasai kerugian atas kelebihan yang Allah berikan dari pelaksanaan akikah tersebut.
Commentaires