Tahukah anda, pemilihan kambing adalah perkara yang penting sekali dalam melaksanakan ibadah akikah.
Bagaimana cara nak tahu samaada kambing yang di pilih adakah mematuhi syariat? Apa syarat nak pilih kambing Akikah?
Nak tahu, jom baca artikel ini.
Syarat-syarat Kambing Akikah Yang Anda Perlu Tahu
1. Tidak bunting
2. Tidak buta
3. Tidak terlalu kurus
4. Tidak cacat
5. Mestilah gemuk dan sihat
Makruh hukumnya apabila gigi haiwan itu lompong atau jika sebahagian telinga atau ekornya terpotong atau terputus.
Berapa Umur Kambing Yang Sesuai Untuk Akikah?
1. Biri – biri – Umur melebihi 1 tahun nak masuk 2 tahun.
2. Kambing – Umur 3 tahun ke atas.
5 Tips Memilih Kambing Akikah
Berikut 5 tips untuk memilih Kambing Akikah yang terbaik.
1. Beli Kambing Hidup
Ini untuk memastikan kambing yang dipilih adalah cukup sihat dan mematuhi syarat-syarat sah ibadah Akikah.
Anda juga dapat memastikan kualiti daging adalah segar serta dapat menjadi saksi kambing itu disembelih mengikut syariat demi memastikan ia halal.
Namun, jika anda tidak dapat menyaksikannya sendiri, Rasa Catering menawarkan perkhidmatan ini secara online. Kami akan memberi kepada anda foto atau video dokumentasi sebagai bukti penyembelihan haiwan akikah seperti video di bawah.
2. Jangan Beli Kambing Yang Telah Disembelih
Kambing yang telah disembelih menimbulkan keraguan mengenai cara penyembelihannya.
Anda tidak tahu sama ada daging tersebut disembelih mengikut cara yang mematuhi syariat atau sebaliknya.
Malah, anda juga tidak dapat mengetahui sama ada kualiti daging itu adalah segar ataupun tidak, dan samaada kambing tersebut sihat daripada segala kecacatan.
Jadi, agaknya sah ataupun tidak ibadah akikah anda kelak?
3. Pilih Kambing Yang Tidak Cacat
Pastikan anda memilih kambing yang tidak memiliki cacat-cela seperti buta sebelah, telinga, hidung ekor atau kaki yang terpotong.
Tanduknya juga penting untuk dipastikan agar tidak patah atau retak agar ibadah aqiqah itu sah.
Cara mudah untuk anda pastikan kambing itu sihat adalah melalui matanya. Jika matanya merah, jaga-jagalah kerana itu petanda ia tidak sihat.
4. Pilih Kambing Yang Kuku dan Gigi Bersih
Perhatikan bahagian kukunya agar bersih dan bebas dari kewujudan cacing. Cacing yang membiak dalam kambing adalah berbahaya kepada manusia.
Gigi kambing yang bersih dan sihat dapat diperhatikan pada bahagian utama gigi dan rahang sama ada kambing berikut kuat mengunyah.
5. Pilih Kambing Yang Sihat dan Gemuk
Kambing yang sihat pastilah memiliki tubuh yang gemuk. Kambing yang gemuk bermaksud dagingnya banyak dan paling sesuai untuk tujuan akikah.
Cara lain untuk anda melihat kegemukan seekor kambing adalah pada bahagian paha dan punggungnya.
Kambing yang besar pada bahagian peha dan punggung menunjukkan ianya mempunyai daging yang banyak dan paling ideal untuk disembelih.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat terutamanya kepada ibu bapa muda diluar sana.
Yorumlar